Bekas pengurus Falcon Bank akui salah terhadap 6 tuduhan berkaitan 1MDB

If this e-mail is not displayed properly, click here.
Bekas pengurus Falcon Bank akui salah terhadap 6 tuduhan berkaitan 1MDB

SEORANG bekas pengurus cawangan Falcon Private Bank mengaku bersalah terhadap enam tuduhan, termasuk bersekongkol dalam kegagalan bank itu mematuhi peraturan antipengubahan wang haram Singapura berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Ketua Menteri Sarawak meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, 72 tahun, meninggal dunia pada Rabu (11 Jan), lapor media tempatan.

Perkara itu disahkan oleh agensi berita Bernama, yang menghubungi anak saudara Allahyarham, lapor astro Awani.


GCE 'O': Keputusan pelajar 2016 terbaik dalam 30 tahun

KELAS GCE peringkat 'O' 2016 mencipta rekod baru dengan 84.3 peratus daripada mereka lulus sekurang-kurangnya lima mata pelajaran.

Ini mengatasi rekod 83.8 peratus - terbaik dalam sekurang-kurangnya tiga dekad - oleh kohort 2015.


Gadis 16 tahun ditangkap berkaitan penipuan di pasaran dalam talian Carousell

SEORANG gadis berusia 16 tahun ditangkap pada Isnin (9 Jan) kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes penipuan di pasaran dalam talian Carousell, kata polis dalam satu kenyataan akhbar pada Rabu.


Obama beri amaran demokrasi sedang diuji, Amerika masih berpecah berhubung kaum, imigresen

CHICAGO: Dalam ucapan perpisahan beliau sebagai presiden, Encik Barack Obama memberi amaran megenai ujian ke atas demokrasi di Amerika Syarikat dan berkata negara itu masih belum berada dalam keadaan yang seharusnya berhubung isu seperti kaum dan imigresen


Popular

Akhirnya Syarah Insyirah pergi untuk selamanya

DERITA 11 tahun melawan penyakit luar biasa berakhir kelmarin bagi Allahyarhamah Syarah Insyirah Sulaiman.

Setelah sekian lama ditusuk jarum, disuap pelbagai jenis ubat dan berulang-alik dari ke hospital, arwah Syarah Insyirah, 12 tahun, akhirnya bersemadi dengan tenang.


31 pelabur Forex hangus hampir $1j

SEKITAR 31 individu yang difahamkan telah melabur hampir $1 juta dalam dagangan mata wang asing atau forex kelolaan seorang pengurus dana bebas, berputih mata apabila pelaburan mereka dikatakan hangus begitu saja.


'Mas Selamat pernah ikut kelas Rasul Dahri di Johor sebelum sertai JI'

PETALING JAYA: Pemimpin Jemaah Islamiah (JI) Singapura, Mas Selamat Kastari, dilaporkan pernah mengikut kelas pendakwah Singapura Rasul Dahri di Johor antara 1987 dengan 1989 sebelum menyertai Jemaah Islamiyah (JI).


Rasuah: 2 anak ketua setiausaha kementerian M'sia turut ditahan

PUTRAJAYA: Ketua setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia dan dua anaknya ditahan reman tujuh hari dalam kes melibatkan penyalahgunaan kuasa, rasuah dan pengubahan wang haram.


Pelaburan lebur akibat termakan janji untung besar

BELIAU begitu teruja apabila mendengar cerita dagangan mata wang asing atau forex menjanjikan untung berlipat ganda dalam sekelip masa.

Eksekutif berusia 61 tahun yang enggan namanya disiarkan itu tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam kegiatan forex secara runcit.


Langgani BeritaHarian.sg Sekarang

If you want to unsubscribe from our mailing list, unsubscribe here.
Previous
Next Post »
Thanks for your comment