|
MAS mahu maklum balas bagi rancangan ubah had duit syiling PENGUASA Kewangan Singapura (MAS) bercadang menukar had wang sah bagi duit syiling dan akan mendapatkan maklum balas orang ramai sebelum membuat keputusan. Ia mengumumkan ini dalam sebuah kertas rundingan pada Khamis (16 Mac). |
|
Tenis Indian Wells: Federer kalahkan Nadal, Kyrgios singkir Djokovic INDIAN WELLS: Roger Federer mengulangi kemenangannya ke atas Rafael Nadal semasa Terbuka Australia dengan menewaskan pemain Sepanyol itu 6-2, 6-3 pada Rabu (15 Mac) untuk mara ke suku akhir kejuraan Masters ATP Indian Wells. |
Iklan | |
Pilihan raya Belanda: PM Rutte menang besar ke atas Wilders AMSTERDAM: Perdana Menteri Belanda, Encik Mark Rutte, dengan mudah mengalahkan cabaran kuat oleh saingan berhaluan kanannya, Encik Geert Wilders, dalam pilihan raya utama negara itu, menurut kiraan sebahagian undi pada Khamis (16 Mac). |
Pasport Singapura semakin diterima, capai tangga ke-4 dalam indeks dunia PASPORT Singapura terus diterima secara meluas di seluruh dunia, mencapai kedudukan tertinggi di nombor keempat dalam Indeks Batasan Visa Henley & Partners tahun ini. Ia dicapai ditengah-tengah trend kebebasan perjalanan semakin berkurangan secara global. |
Kes bunuh St James Power Station: Lelaki keempat didakwa SEORANG lelaki keempat diheret ke mahkamah pada Khamis (16 Mac) kerana pelibatannya dalam satu pembunuhan di St James Power Station. |
Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon