CNN: Kek Nasional S'pura ialah... Kek Pandan

If this e-mail is not displayed properly, click here.
CNN: Kek Nasional S'pura ialah... Kek Pandan

KEK Pandan yang menjadi kegemaran ramai di sini telah dinamakan oleh badan penyiaran berita Amerika Syarikat, CNN, sebagai diantara 17 kek paling lazat di dunia.

Lebih menarik lagi, ia disenaraikan sebagai kek nasional Singapura - penghargaan yang dikongsi bersama Malaysia.


Lebih 600 dijangka hadiri acara peringati Haji Othman petang ini

LEBIH 600 orang dijangka menghadiri acara memperingati Allahyarham Haji Othman Wok, yang akan berlangsung di Dewan Konsert Victoria bermula 6.30 petang ini.

Ia dianjurkan oleh OnePeople.sg, sebuah badan nasional yang menggalak keharmonian kaum dan agama.


Trump umum dasar lindungi pekerja tempatan

KENOSHA (Amerika Syarikat): Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, telah menandatangani arahan baru mengetatkan peraturan pemberian visa pendatang berkemahiran, bagi membantu pekerja tempatan yang terancam.


Exco Johor hadapi 33 tuduhan rasuah

JOHOR BAHRU: Exco kerajaan negeri Johor, Datuk Abd Latif Bandi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, Rabu atas 33 pertuduhan rasuah.


Kes City Harvest: Sharon Tan mahu masuk penjara lebih awal

BEKAS pengurus kewangan Gereja City Harvest (CHC), Sharon Tan, yang merupakan salah seorang daripada enam individu yang didapati bersalah atas pelbagai kesalahan pemalsuan, pecah amanah dan menyeleweng wang gereja itu, telah memohon untuk memulakan lebih awal hukuman penjara tujuh bulan yang dija


Popular

Othman Wok meninggal dunia

ANGGOTA Kabinet pertama Singapura, Haji Othman Wok, 92 tahun, meninggal dunia sebentar tadi.

Allahyarham merupakan sebahagian daripada pasukan kepimpinan perintis Singapura yang mengasaskan pembangunan awal negara selepas merdeka.


Khairul Anwar dapat gelaran Dato'

SUMBANGANNYA dalam membentuk industri penyiaran di seberang Tambak bukan sedikit.


Pengebumian Allahyarham Haji Othman Wok

JENAZAH Allahyarham Othman Wok akan meninggalkan kediamanya di Kew Drive dekat Bedok Road menuju ke Masjid Sultan bagi solat jenazah pada 12.15 tengah hari ini.


Skim pelaburan $35 juta: CEO ditahan polis

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah firma yang mengendalikan satu skim pelaburan hibah telah diberkas polis kelmarin dan sedang membantu polis dalam siasatan.

Akhbar Berita Harian (BH) difahamkan, Encik Muhamad Aidith telah ditahan oleh Jabatan Ehwal Perniagaan (CAD).


Penghormatan untuk Othman Wok

SINGAPURA memberi penghormatan atas jasa dan sumbangan pemimpin pengasas Allahyarham Othman Wok.

Bendera negara di semua bangunan pemerintah dikibarkan pada setengah tiang mulai semalam, selepas pemergian Allahyarham diumumkan.


Langgani BeritaHarian.sg Sekarang

If you want to unsubscribe from our mailing list, unsubscribe here.
Previous
Next Post »
Thanks for your comment