Bas rempuh perhentian bas di Braddell Rd: 13 cedera

If this e-mail is not displayed properly, click here.
Bas rempuh perhentian bas di Braddell Rd: 13 cedera

SERAMAI 13 orang cedera selepas sebuah bas ulang-alik yang membawa penumpang ke dan dari Hospital Mount Alvernia merempuh sebuah perhentian bas di Braddell Road menghala ke Bishan semalam.


AP WP tolak tuduhan, dan dakwa 'tidak untung satu sen pun'

SERAMAI tiga Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja (WP) di tengah-tengah tuntutan mahkamah yang dibuat Majlis Bandaran Aljunied-Hougang (AHTC) telah menolak tuduhan bahawa mereka bertindak melanggar tugas fidusiari.


Siswa henti kerja sambilan lepas dapat biasiswa

MENCARI keseimbangan antara belajar dengan bekerja sambilan bukan mudah, namun beliau tidak pernah berputus asa.

Hujung minggu, Cik Faezah Mustafa, 22 tahun, pelajar Universiti Teknologi Nanyang (NTU), sibuk menjalankan tugasnya di sebuah restoran makanan segera.


Popular

Sudah timang anak pada usia 20 tahun

BIARPUN Encik Muhd Khidir Azman dan Cik Nurul I'zzah Mohd Yamin baru berusia 18 tahun, mereka telah mengakhiri zaman bujang mereka bersama.

Kini, pasangan yang berusia 20 tahun itu sudah mempunyai seorang cahaya mata yang diberi nama Yusuf Mishary Muhd Khidir.


Indahnya membesar bersama dan kahwin muda

Meskipun Tinjauan Perkahwinan dan Keibubapaan 2016 yang dikeluarkan Divisyen Penduduk dan Bakat Nasional (NPTD) baru-baru ini menunjukkan jumlah orang muda di Singapura yang mahu mendirikan rumah tangga berkurangan sedikit berbanding pada 2012, terdapat milenial yang mahu bukan sahaja berkahw


Laluan MRT Utara-Selata (NSL) dan Timur-Barat (EWL) tergendala

STESEN MRT di sepanjang laluan Utara-Selatan (NSL) dan Timur-Barat (EWL) lebih padat penumpang berbanding hari kerja lain pada Selasa 25 Julai, disebabkan bekalan kuasa yang terganggu.


Ibu bela anak tidak bohong tentang tuduhan dicabul ayah

SEORANG ibu membela anak remaja perempuannya pada Rabu (16 Nov) terhadap dakwaan dia berbohong tentang penderaan seksual oleh bapanya, seorang pembantu kedai makan berusia 42 tahun.


PM Lee berharap dapat berdamai dengan adik-beradiknya

PERDANA Menteri Lee Hsien Loong berharap untuk berdamai dengan kedua-dua adiknya suatu hari nanti "biarpun ia satu perjalanan panjang dan sukar".


Langgani BeritaHarian.sg Sekarang

If you want to unsubscribe from our mailing list, unsubscribe here.
Previous
Next Post »
Thanks for your comment