Fahrorazi Sohoi dibebaskan dengan ikat jamin $10,000

If this e-mail is not displayed properly, click here.
Fahrorazi Sohoi dibebaskan dengan ikat jamin $10,000

PENDAKWAH setempat yang dikaitkan dengan kes penipuan berhubung skim yang disebut sebagai 'Haji VIP', Fahrorazi Sohoi, yang menghadapi tuduhan menipu telah dibebaskan dengan ikat jamin $10,000.


Pemerintah Indonesia bakal umum senarai barangan import yang dihadkan

JAKARTA - Pemerintah Indonesia bakal mengumumkan senarai barangan yang akan dikenakan cukai import dalam seminggu dua akan datang.


Malaysia dan Singapura setuju tundakan HSR, kelewatan dan kos akan dibincangkan: Sumber

SINGAPURA dan Malaysia telah bersetuju untuk menundakan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) selepas pertemuan menteri-menteri bertanggungjawab semalam (Khamis, 23 Ogos).

Pegawai kanan kini ditugaskan merunding syarat penangguhan tersebut.


Scott Morrison PM baru Australia

BENDAHARI Scott Morrison dilantik Perdana Menteri baru Australia setelah memenangi pertandingan tiga-hala tadi (Jumaat, 24 Ogos).

Pertandingan tersebut bagi mendapatkan pucuk pimpinan parti Liberal. Encik Malcolm Turnbull yang menyandang jawatan tersebut tidak bertanding.


Panel beri cadangan kepada pemerintah mengenai alat mobiliti peribadi

ANGGOTA Panel Penasihat Mobiliti Aktif (AMAP) telah mengemukakan beberapa cadangan kepada pemerintah mengenai alat mobiliti peribadi (PMD).


Popular

Guru agama diberkas bantu siasatan kes 'Haji VIP'

GURU agama setempat, Ustaz Fahrorazi Sohoi, telah diberkas kelmarin bagi membantu siasatan polis dalam kes yang melibatkan skim yang disebut sebagai Haji VIP, selepas beberapa jemaah terlibat mengadu ditipu kerana tidak dapat berangkat mengerjakan haji setelah membuat bayaran dikehendaki.


Kes Haji VIP: Guru agama setempat didakwa di mahkamah atas tuduhan menipu

GURU agama setempat, Fahrorazi Sohoi, didakwa di mahkamah hari ini (17 Ogos) atas satu tuduhan menipu.

Lelaki berusia 47 tahun itu dihadapkan ke mahkamah menerusi video dari tempat dia ditahan reman.


Kes 'Haji VIP': Pendakwah Fahrorazi dikena tuduhan menipu

PENDAKWAH setempat yang dikaitkan dengan kes penipuan berhubung skim yang disebut sebagai 'Haji VIP' telah dihadapkan ke mahkamah semalam atas tuduhan menipu.

Namun, Fahrorazi Sohoi tidak hadir secara fizikal di mahkamah.


Pejabat Mufti perjelas penetapan Zulhijah, Hari Arafah

SETIAP negara harus menentukan terbit     anak bulan (hilal) di kawasan masing-masing   dan tidak  terikat pada  penentuan    di Makkah  oleh   kerajaan Arab Saudi, jelas Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).


'Pulangkan duit kami'

BAYARAN sebanyak $27,000 atau lebih 80 peratus harga pakej khidmat perkahwinan yang ditempah sudah pun dilunaskan.


Langgani BeritaHarian.sg Sekarang

If you want to unsubscribe from our mailing list, unsubscribe here.
Previous
Next Post »
Thanks for your comment