Beberapa stesen MRT di sepanjang Laluan Timur-Barat (EWL) ditutup lebih awal bulan depan

If this e-mail is not displayed properly, click here.
Beberapa stesen MRT di sepanjang Laluan Timur-Barat (EWL) ditutup lebih awal bulan depan

TUJUH stesen MRT dari stesen MRT Tiong Bahru ke Clementi di Laluan Timur-Barat (EWL) akan ditutup lebih awal sekitar 11 malam pada Jumaat dan Sabtu sepanjang Oktober ini bagi memberi laluan kepada kerja penyelenggaraan, peningkatan dan pembaharuan aset.


Kemudahan latihan dibuka di Pangkalan Laut Tuas

​SEBUAH kemudahan latihan baru dibuka di Pangkalan Laut Tuas hari ini (26 September) bagi mempersiap kelasi untuk operasi di atas kapal perang berteknologi tinggi terbaru Singapura, sedang dua lagi kapal mula bersiap sedia untuk beraksi.


Tabah hadapi cabaran barah

CIK Heiren Mira Mokhtar (gambar) dikesan menghidap barah buah dada semasa usianya 32 tahun hingga beliau terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang buah dada sebelah kirinya.

Bak sudah jatuh ditimpa tangga.


LTA bakal lancar sistem letak basikal kod QR

SATU sistem meletak basikal menggunakan kod QR akan dilancarkan Januari tahun depan bagi menangani masalah meletak basikal sembarangan.


Sim Ann: Penterjemahan bahasa jambatan perkukuh persefahaman antara kaum

PENTERJEMAHAN bahasa dalam konteks masyarakat berbilang kaum dan bahasa di Singapura adalah amat penting kerana ia berfungsi sebagai jambatan bagi memperkukuh persefahaman dan melindungi hubungan harmoni di negara ini.


Popular

Wanita tidak serik menipu, dipenjara 7 tahun sembilan bulan

SEORANG kaki kelentong kembali melakukan jenayah walaupun baru sebulan dibebaskan dari penjara dengan merancang penipuan melibatkan kerja ubah elok berjumlah hampir $1.8 juta.


Grab, Uber didenda sejumlah $13 juta oleh pengawas persaingan ekoran penggabungan Mac lalu

SURUHANJAYA Persaingan dan Pengguna (CCCS) telah mendenda syarikat Grab dan Uber sejumlah $13 juta hari ini (24 September) ekoran penggabungan mereka pada Mac, yang menyaksikan penjualan perniagaan Uber di Asia Tenggara kepada Grab untuk kepentingan 27.5 peratus dalam Grab.


Takdir bertemu semula jodoh pada usia 70-an tahun

KALAU jodoh, tidak ke mana.

Pada usia yang mencecah 70 tahun, Encik Ismail Amir melafazkan akad nikah kepada wanita yang pernah membesar dengannya di kampung yang sama suatu ketika dahulu.


Saleem Iklim kemalangan, patah tulang rusuk

KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Iklim, Saleem, parah selepas patah tulang rusuk akibat satu nahas jalan raya di Lebuhraya Grand Saga, Cheras, kelmarin (20 September).


Kapal terbang SIA langgar jambatan udara di Lapangan Terbang Changi

PENUMPANG penerbangan Singapore Airlines (SIA) dari Singapura ke Ho Chi Minh City semalam (18 September) terpaksa turun dari pesawat tersebut sebelum berlepas apabila kapal terbang itu berlanggar dengan jambatan udara di Lapangan Terbang Changi.


Langgani BeritaHarian.sg Sekarang

If you want to unsubscribe from our mailing list, unsubscribe here.
Previous
Next Post »
Thanks for your comment