Persatuan Ain buka pusat barah kedua di Haig Road

If this e-mail is not displayed properly, click here.
Persatuan Ain buka pusat barah kedua di Haig Road

PERSATUAN Ain melancarkan pusat barah keduanya di Blok 9 Haig Road pagi tadi dengan tujuan meluaskan jangkauan terhadap pesakit barah.  

Pelancaran Pusat Khidmat Sosial Serenity tersebut dirasmikan oleh Presiden Halimah Yacob yang juga penaung Persatuan Ain.


ICA jalani ujian imbas muka, iris bagi pemeriksaan imigresen di Tuas

SATU ujian sedang dijalankan bagi warga Singapura menggunakan iris mata dan imej muka untuk melepasi pemeriksaan imigresen di lorong automatik di Pusat Pemeriksaan Tuas.

Dalam ujian tersebut, pemegang pasport Singapura hanya perlu melihat mesin imbas untuk melepasi imigresen.


Program penyesuaian pekerja asing diluaskan didik sekitaran kerja di S'pura

PROGRAM penyesuaian (SIP) bagi pekerja asing akan dilanjutkan kepada semua pemegang permit kerja bukan warga Malaysia yang kali pertama bekerja dalam sektor marin, proses dan pengilangan bermula Disember tahun ini.

Ini merupakan tambahan kepada sektor binaan sebelum ini.


Kes pecah amanah: DPP gesa bekas pengerusi masjid dipenjara hingga 3 tahun

PIHAK pendakwa raya menggesa Mahkamah Negara agar mengenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun ke atas bekas pengerusi Lembaga Pentadbir Masjid (LPM) Masjid Darussalam, Ab Mutalif Hashim.


Dihargai kerana bantu polis banteras jenayah

BELIAU sedang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas habis bekerja apabila Encik Muhammad Afiq Roslee dikejutkan dengan suara seseorang menjerit meminta tolong.

Tidak lama kemudian, beliau ternampak seorang pegawai keselamatan sedang mengejar seorang lelaki.


Popular

Anak isytihar ibu meninggal dunia, cuba tuntut bayaran insurans $3.7 juta

 

PERCUBAAN seorang warga Singapura untuk menipu syarikat insurans dan menuntut lebih $3.7 juta atas kematian ibunya gagal, selepas ibunya itu didapati masih hidup.


'Saya lepaskan dia...' - Remy Ishak

HARAPAN ramai peminat pelakon Pujaan Hati Kanda, Remy Ishak, mahu melihatnya menamatkan zaman bujang tidak kesampaian.

Kelmarin, Remy, 36 tahun, mengumumkan kepada media bahawa ikatan pertunangannya bersama usahawan kasut, Ezza Yusof, 35 tahun, putus sejak sebulan lalu.


Kes CGH: Perjuangan pesakit berakhir sebelum dapat pampasan

CIK Noor Azlin Abdul Rahman, yang telah berjaya memenangi kesnya terhadap Hospital Besar Changi (CGH), meninggal dunia pagi semalam.

Perjuangan wanita berusia 39 tahun itu terhenti separuh jalan, bukan saja dalam menentang barah paru-paru tahap empat, malah kes mahkamahnya.


Bekas guru agama dipenjara cabul wanita di masjid

SEORANG guru agama dipenjara setahun empat bulan hari ini atas kesalahan mencabul kehormatan seorang wanita dalam bilik darjah sebuah masjid di mana dia berkhidmat.


'Saya bukan imam baik' - Shidee

Satu demi satu berita tentang selebriti putus tunang, tidak jadi bernikah mahupun runtuh mahligainya memenuhi ruang media sosial sejak akhir-akhir ini.


Langgani BeritaHarian.sg Sekarang

If you want to unsubscribe from our mailing list, unsubscribe here.
Previous
Next Post »
Thanks for your comment