Covid-19: Presiden Halimah beri izin tambahan $33b bagi pakej sokongan

If this e-mail is not displayed properly, click here.
Covid-19: Presiden Halimah beri izin tambahan $33b bagi pakej sokongan

PRESIDEN Halimah Yacob telah memberi izin untuk membiayai pakej sokongan Covid-19 berjumlah $33 bilion, iaitu mengeluarkan tambahan $31 bilion dari rizab lalu Singapura.

Projek T5 Changi akan diberhentikan seketika untuk sekurangnya dua tahun: Khaw

PROJEK pembinaan Terminal 5 (T5) Lapangan Terbang Changi akan diberhentikan seketika sekurang-kurangnya dua tahun di sebalik ketidaktentuan tentang bagaimana pandemik Covid-19 akan merubah sektor penerbangan.

Pembukaan fasa dua Jumaat ini

SINGAPURA akan memasuki Fasa Dua tempoh pascapemutus rantaian jangkitan Covid-19 mulai Jumaat ini, setelah kadar jangkitan dalam masyarakat koronavirus itu di negara ini semakin stabil, umum Menteri Kesihatan Encik Gan Kim Yong semalam.

Dulu urus dana orang, sekarang urus gerai makan sendiri

SELEPAS lebih tiga tahun membina kerjaya dalam sektor korporat, Encik Carmal Ahmad bertukar angin mencuba sektor berbeza - makanan dan minuman (F&B).

Ia demi memburu impian beliau membuka sebuah perniagaan makanan.

Lebih banyak kegiatan dibenar dalam fasa kedua

SEMENTARA kebanyakan kegiatan dibenarkan untuk disambung semula apabila Singapura memasuki fasa kedua pembukaan semula negara ini bermula Jumaat ini, beberapa kegiatan seperti perhimpunan keagamaan akan mengambil masa yang lebih lama sebelum ia dibenarkan.

Popular

Tiada kes baru Covid-19 libat warga S'pura/PR; 777 pesakit dibenar pulang: MOH

TIADA kes baru Covid-19 melibatkan warga atau penduduk tetap Singapura dilaporkan hari ini, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin malam (15 Jun).

Hanya tiga kes masyarakat dilaporkan yang melibatkan pemegang pas kerja.

Perubahan kepimpinan dalam Perkhidmatan Penjara S'pura

KEMENTERIAN Ehwal Dalam Negeri (MHA) akan melakukan perubahan kepimpinan penting dalam Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS).

Menurut kenyataan MHA pada Isnin (15 Jun), Pesuruhjaya Penjara, Encik Desmond Chin, 55 tahun, akan bersara pada 28 September 2020.

Masyarakat Melayu terus terima sokongan khusus: Masagos

COVID-19 telah banyak menjejas kehidupan penduduk Singapura, selain mata pencarian ramai pekerja juga terjejas.

Namun masyarakat Melayu akan tetap menerima sokongan khusus, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

Bekas pensyarah mengaku bersalah ambil video 'upskirt' pelajar

SEORANG bekas pensyarah telah mengaku bersalah hari ini (15 Jun) kerana mengambil video 'upskirt' pelajar di sekolah pos-menengah di mana dia bekerja tahun lalu.

Lelaki berusia 39 tahun itu dan mangsanya tidak boleh dinamakan untuk melindungi identiti mangsanya itu.

Memasuki Fasa Dua pembukaan semula S'pura: MOH

PEMERINTAH telah mengumumkan permulaan Fasa Dua pembukaan semula Singapura bermula selepas 18 Jun ini.  Berikut sedutan kenyataan Kementerian Kesihatan (MOH) mengenai fasa tersebut:

Video

6:38
Sembang Petang bersama Timbalan Presiden DPPMS Abu Bakar Mohd Nor

Sembang Petang BH

2:56
Trailer The BM Show 14 Jun 2020

Beliau dinobat pemain terbaik Asia liga Belanda, tapi berapa 'gaji' Fandi Ahmad bila baru-baru sarung jersi negara? Apakah perkembangan bintang cilik Ainul Yaqin dan boleh ke kita melawat Jepun dalam suasasa Covid-19 ini?

Laporan lain >

Podcast

09:26
#NoTapis: Edisi Pelajar - "Saya tidak boleh tahan lagi...."

Stres! Tekanan! Memang tak boleh tahan! Pelajar hari ini berdepan dengan pelbagai tekanan - bukan sahaja daripada segi pelajaran tetapi juga, teman-teman, aktiviti ko-kurikular dan juga keluarga. Macam mana nak mengatasinya? Jom dengar pandangan dua pelajar Sekolah Menengah Xinmin.

12:48
#NoTapis: Edisi Pelajar - Pergi sekolah bukan belajar aja...

Setiap pelajar pasti memiliki satu CCA, apa CCA anda? Mengapa perlu ada CCA? Apakah CCA membazirkan waktu? Dengarkan pandangan dua pelajar dari Sekolah Menengah Xinmin ini!

Laporan lain >
Langgani BeritaHarian.sg Sekarang
If you want to unsubscribe from our mailing list, unsubscribe here.

If you want to unsubscribe from our mailing list, unsubscribe here.
Previous
Next Post »
Thanks for your comment