Covid-19: 7 kes baru; 6 import; 1 kes masyarakat

If this e-mail is not displayed properly, click here.
Covid-19: 7 kes baru; 6 import; 1 kes masyarakat

SEHINGGA 12 tengah hari Selasa (27 Oktober), Kementerian Kesihatan (MOH) mengenal pasti tujuh kes jangkitan Covid-19 baru.

Enam daripadanya merupakan kes import yang sudah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura.

Budak 8 tahun koma setelah kemalangan di Woodlands

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dirawat di unit jagaan rapi (ICU) dalam keadaan koma, setelah terlibat dalam kemalangan jalanraya di Woodlands pada Jumaat lalu, kata bapanya kepada media.

Bola golf terkena kepala wanita: Jaring dipasang di sebahagian laluan tarikan Changi Jurassic Mile

SEBAHAGIAN laluan di tarikan Changi Jurassic Mile kini telah dipasang dengan jaring menyusuli insiden seorang pejalan kaki wanita cedera di kepala akibat terkena bola golf daripada padang golf berhampiran.

Dana $49j bagi kaji tenaga rendah karbon

PEMERINTAH semalam mengumumkan dana $49 juta untuk membiaya penyelidikan dalam bidang tenaga rendah karbon, sebahagian usaha Singapura membina masyarakat lebih mesra alam dan menjadi lebih berpengaruh dalam sektor tenaga lebih mesra alam antarabangsa.

Umno dilapor bincang kemungkinan gantikan Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Gabungan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Umno semalam giat mengadakan perbincangan mengenai kemungkinan menggantikan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dengan seorang anggota parlimen kanan daripada barisan tersebut.

Popular

Majlis Tertinggi Umno bermesyuarat malam ini tentukan kedudukan PN

KUALA LUMPUR: Kedudukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan terus kekal atau tidak, akan terjawab selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO malam ini (Isnin, 26 Oktober).

BN dilapor bincang cari pengganti Muhyiddin selepas usulan perintah darurat ditolak Agong Msia

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Umno sedang membincangkan pada Isnin (26 Oktober) mengenai kemungkinan menggantikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang dilanda masalah dengan seorang Ahli Parlimen kanan daripada parti tersebut.

PKPB di Selangor, KL, Putrajaya dilanjut hingga 9 Nov

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia mengambil keputusan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan Putrajaya selama 14 hari lagi sehingga 9 November depan.

Covid-19: 1 kes dormitori; 2 import

SEHINGGA 12 tengah hari Isnin (26 Oktober), Kementerian Kesihatan (MOH) telah mengenal pasti tiga kes jangkitan Covid-19 baru di Singapura.

Menanam minat membaca perlu kreatif

BANYAK membaca, bertambah ilmu!

Itulah ayat yang sering dikaitkan dengan membaca.

Tidak dapat dinafikan bahawa amalan rajin membaca dapat mengembangkan pengetahuan am, menajamkan daya fikiran selain mengasah penguasaan dalam pertuturan.

Video

35:11
The BM Show Musim 2 Episod 1

10:44
Bual Dapur - Resipi Kejayaan Cef Siti Mastura

Laporan lain >

Podcast

12:19
#NoTapis bersama Prof Dr Muhaya: Nak naik pangkat? Beri baik, dapat baik!

Prof Dr Muhaya, pakar motivasi dari seberang tambak, berkongsi tips untuk mempersiapkan diri melangkah ke dalam tahun 2020 sebagai 'version' diri anda yang lebih baik. Kekal positif, beri baik, dapat pun baikkk! 

49:14
Makan nasi putih menggemukkan?

Betul ke kalau makan nasi putih menggemukkan? Beras hitam apa pula? Tak pernah dengar pun! Beras perang? Beras merah? Banyaknya warna beras! Tapi berkhasiat ke? Dengar penjelasan daripada usahawan beras Encik Mark Low.

Laporan lain >
Langgani BeritaHarian.sg Sekarang
If you want to unsubscribe from our mailing list, unsubscribe here.

If you want to unsubscribe from our mailing list, unsubscribe here.
Previous
Next Post »
Thanks for your comment