If this e-mail is not displayed properly, click here. |
| |||||||||||
Hospital baru bakal dibina di Bedok North jelang 2030PEMERINTAH bakal membina sebuah hospital bersepadu baru bersebelahan stesen MRT Bedok North yang akan dibuka menjelang 2030, kata Menteri Kesihatan Gan Kim Yong pada Jumaat (13 Nov). 12 kes baru Covid-19, semua importTERDAPAT 12 kes baru Covid-19 hari ini (13 Nov), semuanya kes import. Ini merupakan hari ketiga berturut-turut di Singapura di mana semua kes baru koronavirus itu merupakan kes import. Ibu, bapa tiri dituduh bunuh anak 11 tahunIBU dan bapa tiri seorang anak perempuan semalam telah didakwa membunuh kanak-kanak berusia 11 tahun itu. Pasangan itu, kededuanya berusia 26 tahun, telah dihadapkan ke mahkamah secara dalam talian dan dikenakan tuduhan membunuh dengan niat yang sama. Muis sangkal laman berhubung fakta tak tepat beri sijil halal asingMAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) telah menyangkal beberapa ketidaktepatan dalam satu rencana dalam talian mengenai siasatan berhubung pengiktirafan Muis ke atas Pertubuhan Pensijilan Halal Asing (FHCB). PM Lee seru Asean kerjasama bagi vaksin Covid-19 adil, dimampuASEAN boleh bekerjasama bagi memastikan bekalan vaksin Covid-19 adil, mantap dan dimampui apabila ia tersedia nanti, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong semalam. Ini sedang Singapura terus menyokong pendekatan berbilang hala dalam penghasilan dan pengagihan vaksin tersebut. | |||||||||||
| |||||||||||
| |||||||||||
| |||||||||||
| |||||||||||
|
If you want to unsubscribe from our mailing list, unsubscribe here. |
Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon