Covid-19: 24 kes import baru, 13 daripadanya warga S'pura atau PR

If this e-mail is not displayed properly, click here.
Covid-19: 24 kes import baru, 13 daripadanya warga S'pura atau PR

SEHINGGA 12 tengah hari Khamis (17 Disember), Kementerian Kesihatan (MOH) telah mengesahkan 24 kes import jangkitan Covid-19 baru.

Dalam kalangan mereka merupakan 13 warga Singapura atau Penduduk Tetap (PR) Singapura yang kembali ke sini.

Bekas kapten Singa Nazri Nasir alami strok ringan

BEKAS kapten bola sepak negara Nazri Nasir mengalami strok ringan dan kini dirawat di hospital, kata jurucakap Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) petang ini (17 Disember).

Takziah mencurah bagi Fadil, jemaah dikenali ramai yang rebah di stesen MRT

UCAPAN takziah mencurah-curah di media sosial sebaik berita mengenai pemergian Allahyarham Muhammad Fadil Sulaiman tersebar pada Rabu (16 Dis). 

Membina tradisi yang berjaya

Semangat kekeluargaan jadi kekuatan

BELIAU tidak fasih bertutur dalam bahasa Mandarin, tetapi setelah hampir 10 tahun bekerja di Seng Hua Heng Foodstuff Pte Ltd - syarikat yang lebih dikenali sebagai syarikat yang menghasilkan kacang Camel - Cik Junita Mahmod, 51 tahun, operator kanan, sudah menghafal hampir semua nama-nama kacang yang dijual di kilang itu dalam bahasa tersebut.

Mengetahui nama-nama kacang dalam bahasa Mandarin penting dalam tugas harian Cik Junita kerana ia membolehkan beliau berkomunikasi dengan pekerja-pekerja yang kebanyakannya bangsa Cina. In termasuk mengenai operasi harian seperi memilih jenis kacang perlu dibungkus secara tangan atau dengan menggunakan mesin, kata beliau.

Menurut Cik Junita, satu-satunya pekerja wanita Melayu/Islam di syarikat itu, beliau memulakan tugasnya dengan membuat persiapan pada setiap pagi - menyediakan kacang-kacang yang perlu dibungkus menurut senarai pelanggan lalu membahagikan tugas membungkus, menimbang dan menutup bungkusan pada para pekerja.

"Saya akan siapkan mesin untuk kacang yang boleh dibungkus dengan mesin tetapi masih ada produk seperti muruku yang perlu dibungkus secara manual supaya ia tidak hancur," kata Cik Junita, seorang ibu tunggal dan mempunyai seorang anak perempuan tunggal berusia 24 tahun.

 ALPHONSUS CHERN

Beliau bekerja dari Isnin hingga Sabtu, mulai lapan pagi hingga lima petang. Tetapi, semasa pandemik koronavirus Covid-19 ini, waktu tugasnya adalah dari tujuh pagi hingga empat petang dan beliau sering bekerja "over-time"

Menurut Cik Junita, sebelum bertugas di syarikat Camel, beliau pernah bekerja sebagai teknisyen di syarikat lain yang menghasilkan cakera padat video (VCD) dan cakera video digital (DVD).

Namun, apabila syarikat itu tutup, beliau mula bekerja di syarikat Camel sebagai penimbang kacang.

Beliau kemudian diberi peluang mempelajari cara menutup bungkusan menggunakan mesin dan selanjutnya dinaikkan pangkat menjadi operator kanan sejak sekitar tiga tahun lalu.

Kata Cik Junita lagi, beliau terpaksa menyesuaikan diri dengan persekitaran tugas yang berbeza semasa baru menyertai syarikat Camel.

"Dulu, sebagai teknisyen, saya selalu bekerja dengan mesin dan akan bergerak sana sini. Jadi, keadaan berbeza apabila kena timbang kacang sebab saya terpaksa berdiri sepanjang hari di tempat yang sama.

"Tapi, saya cekalkan hati dan terus bekerja sebab saya perlu tampung perbelanjaan anak saya yang masih bersekolah waktu itu.

"Saya juga terpaksa kerja 'overtime' supaya saya boleh dapat gaji lebih," kata Cik Junita yang bekerja 'overtime' hampir setiap hari selama lapan tahun.

Biarpun penat bekerja dan terpaksa banyak mengorbankan masa bersama anaknya, Cik Junita berasa bersyukur kerana beliau tidak pernah berasa terpinggir di tempat kerja, apalagi beliau merupakan pekerja minoriti di situ.

"Kami sudah seperti keluarga di sini. Majikan saya selalu bertanya khabar dan memastikan kami tidak mengalami masalah di tempat kerja.

"Apabila ada produk atau mesin baru, dia akan suruh saya rasa atau cuba dan minta pendapat saya.

"Ini buat saya berasa bahawa pendapat saya juga penting dan majikan saya menghargai kerja saya," kata Cik Junita.

Pada musim Hari Raya Aidilfitri pula, Cik Junita akan mendapat habuan produk yang agak lumayan sehingga boleh dikongsi bersama tiga keluarga lain.

Kini, selepas sedekad bertugas di sana, Cik Junita gembira beliau dapat "pegang mesin semula" apabila beliau mempersiapkan mesin untuk membungkus kacang.

"Sekarang anak saya pun sudah bekerja, jadi saya tidak perlu kerja 'overtime' tetapi kerana kasihankan teman kerja yang lain, saya selalu kerja lebih sampai enam petang ," kata Cik Junita.

Malah, anaknya juga pernah bekerja sambilan membungkus kacang pada musim cuti sekolah tatkala menantikan keputusan peperiksaan GCE 'O' level dan semasa di politeknik dahulu.

"Sekarang-kurangnya, dia tahu betapa penatnya bekerja dan akan lebih berjimat," kata Cik Junita.

Setelah sekian lama bekerja di syarikat mengilang kacang, pastinya Cik Junita ada kacang kegemaran.

"Ya ada. Saya suka kacang pistacio dan kacang pistacio yang baik dan sedap adalah dari Iran," kata Cik Junita.

Pengarah Seng Huat Hng Foodstuff Pte Ltd Cik Poh Shih Yin berkata cara syarikat itu melayan kakitangannya juga itu selaras dengan cara ia melayan pelanggan.

 ALPHONSUS CHERN

"Kami mendengar dan menganggap serius setiap maklum balas pelanggan dan bertekad memastikan kepuasan pelanggan terjaga," ujar Cik Poh, seorang pemimpin generasi kedua di syarikat itu. 

"Kami melayan mereka sebagai rakan kita dan merekalah sebab kami mempertahankan mutu produk-produk kami kerana kami mahukan yang terbaik bagi keluarga dan rakan-rakan."

Syarikat perkilangan kacang Camel ditubuhkan pada 1974 oleh pengasas Encik Poh Ah Seng dan isterinya  Cik Ong Siew Hwa di halaman rumah mereka dan dalam tempoh 45 tahun pasangan itu telah  membina jenama yang diyakini bukan sahaja di rantau ini malah di tempat lain di dunia.

Ia juga satu-satunya kilang penghasilan kacang pada skalar besar di Singapura, dan kini berpangkalan di kilang seluas 25 kaki persefi di Defu Lane.

Menurut Cik Poh, kakitangan syarikat itu meneroka dunia untuk mencari kacang-kacang terbaik dan buat masa ini, ia menyimpan stok lebih 50 jenis dan perisa kacang dan buah-buahan berbeza. 

Kini, Camel mengimport produk kacang-kacangnya ke lebih 30 negara termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam di Asia Tenggara dan negara-negara lain seperti Hong Kong, China, Amiriah Arab Bersatu, Qatar, Bahrain dan Mauritius. 

Camel yang mempunyai piawaian ISO 22000 dan diiktiraf Konsortium Runcit Britain - bukti produk yang berkualiti dan konsisten - telah memenangi pelbagai anugerah saban tahun, termasuk Anugerah Enterprise 50 (2018 dan 2019), Anugerah Rakan Kongsi Cemerlang FairPrice 2020 (Anugerah Pembekal Paling Baik, Anugerah Jenama Cemerlang Paling Baik) dan Anugerah Jenama Harapan Singapura (2003 dan 2005).

Satu cara syarikat ini mengekalkan kualiti adalah untuk melabur dalam mesin canggih dari luar negeri. Sebagai contoh mesin membakar dan membungkus kacang yang digunakan diimport dari Jerman dan Jepun, kata Cik Poh

Kehadiran mesin-mesin ini memambah keberkesanan dan konsistensi produk, tetapi sentuhan manusia masih diperlukan, kata beliau.

"Menghasilkan makanan masih memerlukan sentuhan manusia kerana kami menanggap bahan mentah sebagai hadiah dari alam dan mutunya juga berbeza-beza. Justeru, cara kami memastikan sesuatu produk sesuai atau rasanya sesuai adalah amat penting dalam proses membakar kacang untuk memastikan kacang kualiti terbaik dihasilkan bagi pelanggan,' ujar beliau.  

 

 

Komitmen pekerja hasil produk mutu tinggi

Selain Camel, satu lagi produk setempat yang telah lama membina nama adalah jenama minuman kotak Yeo's, hasil syarikat YHS (Singapore) Pte Ltd.

Jenama Yeo's mempunyai sejarah melebihi 120 tahun dan telah berkembang dari sebuah perusahaan yang ditubuhkan sebelum tahun perang hingga kini, merupakan konglomerat makanan dan minuman dengan rangkaian global di melebihi 60 negara.

Ia antara syarikat awal yang menghasilkan kategori minuman Asia yang popular dengan pelanggan.

Hingga hari ini, minuman teh kekwa dan susu kacang soya adalah minuman paling laris.

Ia juga antara pertama di dunia untuk membungkus minuman Asia mereka dalam bekas aseptik Tetra Brik menggunakan proses UHT dan yang pertama untuk menjual kari dalam tin.

Lantaran itu, syarikat ini memberi penekanan pada inovasi.

Di sebalik jenama Yeo's adalah pekerja-pekerja mereka yang komited menghasilkan produk bermutu pada setiap hari.

Salah seorang pekerja tersebut adalah eksekutif teknikal bidang, Encik Salim Mian, yang telah bekerja di Yeo's selama 24 tahun.

Bermula sebagai seorang teknisyen, antara tugas Encik Salim kini adalah untuk mengawasi pemasangan, menyelenggara mesin-mesin pasca campuran di pelbagai tempat termasuk cawangan-cawangan makanan segera dan kem tentera untuk minuman perisa teh lemon ais dan teh hijau Jasmine Yeo's dan minuman isotonik H-Two-O.

Beliau juga menyelenggara dan memperbaiki mesin-mesin layan diri (vending machines) dan penyejuk di pasaraya dan kedai kopi bagi minuman seperti teh kekwa dan susu kacang soya.

Selain itu, beliau juga memasang dispenser pasca campuran di tempat-tempat makan dan hiburan seperti restoran dan pab untuk minuman air tonik dan 'ginger ale'.

 YHS SINGAPORE

Justeru, Encik Salim merupakan antara pekerja yang perlu bersedia bekerja pada syif malam seandainya khidmat penyelenggaraan teknikal diperlukan.

Mengulas tentang pengalamannya bekerja di syarikat Yeo's, Encik Salim berkata:

"Saya seronok bekerja di Yeo's kerana syarikat ini menjaga kebajikan kita. Misalnya, keperluan perubatan kami dipenuhi dan syarikat ini juga menganjurkan aktiviti riadah seperti mengunjungi Malaysia dan sesi memakan durian."

Lantas, seperti pelanggan Yeo's yang lain, Encik Salim juga mempunyai minuman kegemarannya iaitu teh lemon ais dan susu kacang soya Yeo's yang mempunyai rasa menyegarkan.

Menurut jurucakap Yeo's, bagi memastikan mutu produk makanan dan minuman Yeo's terjamin, ia menggunakan bahan bermutu dan dihasilkan melalui proses yang mematuhi standard keselamatan dan jaminan kualiti antarabangsa seperti HACCP (Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal).

Pensijilan HACCP adalah standard antarabangsa bagi keselamatan makanan dan melitupi bahaya pada makanan secara fizikal, kimia dan biologikal.

Dalam mengembangkan Yeo's, ia telah memanfaatkan penggunaan teknologi dan kebijaksanaan pembuatan untuk meningkatkan tahap produktiviti dan mutu.

Pada 2012, misalnya, syarikat Yeo's telah memperkenalkan kilang automatik baru dan barisan pengetinan yang membasmi kuman (retort canning) untuk menghasilkan minuman Asia popular mereka.

Ini menyumbang pada penjimatan yang ketara dan juga membantu syarikat mengurangkan tenaga pekerja serta membantu mengurangkan pembaziran akibat mutu konsisten.

Perubahan-perubahan itu sedikit-sebanyak membantu Yeo's mengharungi cabaran pandemik Covid-19 yang menjejas rantaian bekalan syarikat.

Namun, jurucakapnya berkata ia yakin keadaan akan terus bertambah baik apabila koronavirus lebih terkawal di serata dunia dan ia telah memulakan proses untuk memperkukuh rantaian bekalan dan menambah produktiviti.

Hari ini, syarikat Yeo's cuba memenuhi keperluan pelanggan yang sering berubah.

Lantas, ia cuba mengeluarkan produk baru, mengukuhkan ketahanan rangkaian bekalan dan mendorong produktiviti untuk menyahut cabaran keperluan pelanggan yang sering berubah.

Memandangkan gaya hidup pelanggan serata dunia juga kian berubah dengan lebih tumpuan pada kesihatan, Yeo's menyokong amalan gaya hidup sihat ini dengan melancarkan produk-produk yang sihat dan berkhasiat serta mengandungi kurang gula dan kalori.

Ia juga berusaha memahami trend gaya hidup dan demografik yang berubah dan mempertimbangkan faktor-faktor ini semasa mencipta produk.

"Inovasi adalah keutamaan syarikat Yeo's dan kami terus mencipta produk yang memenuhi citarasa konsuer baru. Misi kami ialah untuk kekal relevan dan terkini untuk masa depan dan kami komited kekal setia pada warisan kami dalam mencapai kecemerlangan," kata jurucakap Yeo's.

Kejayaan syarikat-syarikat setempat seperti Yeo's dan Camel untuk membina dan memperkukuh jenama masing-masing bukan sahaja dalam kalangan pelanggan setempat malah di luar negara mencerminkan komitmen kededua syarikat itu untuk memenuhi permintaan pelanggan.

Ia juga menunjukkan bagaimana sokongan bagi pekerja dan sikap saling hormat menghormati membantu memupuk semangat kekeluargaan di syarikat-syarikat tersebut, yang seterusnya memupuk sikap setiap dalam kalangan kakitangan membenarkannya mengharungi tempoh mencabar, dan membuat persediaan untuk terus berkembang.

 

Popular

Covid-19: Warga AS yang ke sini lawat isteri antara 12 kes import baru S'pura

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) berkata seorang pemegang pas jangka pendek warga Amerika Syarikat yang ke sini untuk melawat isteri Singapuranya merupakan antara 12 kes import Covid-19 baru negara ini pada Rabu (16 Disember).

Lelaki berusia 60 tahun itu tiba dari Amerika.

Budaya penjaja S'pura diterima sebagai warisan budaya dunia Unesco

SETELAH dua tahun diusahakan pencalonannya, budaya penjaja Singapura berjaya dimasukkan ke dalam Senarai Wakil Unesco Warisan Budaya Bagi Kemanusiaan Yang Tidak Ternilai (Unesco Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity).

Indonesia tawar vaksin Covid-19 percuma buat semua, Jokowi yang pertama disuntik

JAKARTA: Presiden Joko Widodo mengumumkan pada Rabu (16 Disember) beliau adalah penerima pertama suntikan vaksin Covid-19 di Indonesia dan vaksinasi itu akan diberi percuma kepada semua warga Indonesia.

PM Lee cuti 2 minggu di S'pura

PERDANA Menteri Lee Hsien Loong akan bercuti di dalam negeri selama dua minggu mulai Khamis (17 Disember), kata Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan pada Rabu (16 Disember).

Indonesia larang perhimpunan ramai Krismas, petang Tahun Baru sedang kes Covid-19 meningkat

JAKARTA: Dalam usaha menangani kadar jangkitan Covid-19 baru yang meningkat dengan tampungan katil hospital hampir penuh terisi, Indonesia melarang perhimpunan besar-besaran sewaktu perayaan Krismas dan petang Tahun Baru.

Video

4:51
Wawancara bersama Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Ehwal Dalam Negeri) Profesor Madya Muhammad Faishal

36:34
The BM Show 2 Ep 8: Cabaran dan kemajuan wanita masa kini

Laporan lain >

Podcast

35:53
#wishforrayyan (Bhgn 1): Perlu $3 juta untuk selamatkan nyawa anak

Cik Nurdiana Rohop enggan kehilangan seorang lagi cahaya matanya. Bagi mengubati keadaan Rayyan beliau disarankan preskripsi rawatan terapi yang menelan belanja $3.1 juta. Dana sebanyak itu perlu dikumpulkan dalam masa lapan bulan sebelum Rayyan capai usia dua tahun

51:12
Ajaran sesat: Anggota jawatankuasa fatwa, peguam jelaskan keadaan

Ada yang persoalkan tindakan yang diambil pihak berkuasa terhadap mereka yang mengamalkan ajaran sesat. Kami tanyakan soalan-soalan 'panas' itu kepada Anggota Jawatankuasa Fatwa Ustaz Mizi Wahid dan juga peguam Encik Ahmad Nizam. 

Laporan lain >
Langgani BeritaHarian.sg Sekarang
If you want to unsubscribe from our mailing list, unsubscribe here.

If you want to unsubscribe from our mailing list, unsubscribe here.
Previous
Next Post »
Thanks for your comment