|
ICA hantar pulang pasangan Indonesia yang disyaki rancang ke Syria sertai ISIS JAKARTA: Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura menghantar pulang pada Selasa (27 Dis) seorang lelaki dan seorang wanita warga Indonesia yang didakwa mempunyai rancangan pergi ke Syria untuk menyertai kumpulan pengganas Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS). |
|
Kereta api 2 gerabak bermula pada waktu sibuk di LRT Punggol MULAI Khamis (29 Dis), penumpang LRT Punggol dapat menikmati perjalanan lebih selesa pada waktu sibuk dengan pengenalan kereta api dua gerabak. Operasi dua gerabak itu, yang menggandakan kapasiti kereta api tersebut kepada 204 orang, digunakan bagi lingkaran timur laluan LRT itu. |
Iklan | |
Peguam negara Israel arah siasatan jenayah ke atas PM Netanyahu BAITULMUQADDIS: Peguam negara Israel mengarahkan polis membuka siasatan jenayah berhubung dua perkara yang tidak dinyatakan melibatkan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, lapor televisyen Channel 10 Israel pada Rabu (28 Dis). |
FairPrice lanjutkan diskaun Generasi Perintis hingga Dec 2017 NTUC FairPrice berkata pada Khamis (29 Dis) ia akan melanjutkan skim diskaun Generasi Perintis setahun lagi, hingga 31 Disember 2017. Skim itu juga akan diperluas kepada Khamis, bermula 1 Januari depan. Pada masa ini, diskaun itu diberi hanya pada Isnin. |
Yang terkaya di dunia bertambah kaya pada 2016 BEIJING: Golongan terkaya di dunia mengakhiri 2016 dengan AS$237 bilion ($343.2 bilion) lebih kaya daripada awal tahun ini, disebabkan data ekonomi mengecewakan dari China, undi Britain untuk meninggalkan Kesatuan Eropah dan pemilihan Encik Donald Trump sebagai presiden baru Amerika Syarikat. |
Show Konversi KodeHide Konversi Kode Show EmoticonHide Emoticon