Pakar ekonomi kurangkan lagi ramalan ekonomi 2016

If this e-mail is not displayed properly, click here.
Pakar ekonomi kurangkan lagi ramalan ekonomi 2016

EKONOMI Singapura dijangka tumbuh sebanyak 1.4 peratus tahun ini, menurut tinjauan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) yang dijalankan terhadap pakar-pakar ekonomi privet.


Duterte: Guling saya atau lebih baik bunuh saya...

MANILA (Filipina): Presiden Rodrigo Duterte mendedahkan beliau kini berhadapan masalah sakit belakang dan sakit kepala (migrain) akibat penyakit Buerger yang dihidapinya.

Katanya, ia berpunca daripada saluran darah tersumbat yang ada kaitan dengan tabiat merokok di zaman remajanya.


Anwar kekal dipenjara

PUTRAJAYA (Malaysia): Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan sabitan dan hukuman lima tahun penjara atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.


Pendakwa Raya tarik balik tuduhan ke atas lelaki yang paksa mangsa makan najis dan air kencing

SEORANG lelaki berusia 41 tahun yang didakwa menganiaya seorang wanita di Lower Delta Road telah diberikan pelepasan tetapi tidak membebaskannya dari tiga tuduhan yang dihadapi beliau.


Kadar sewa rumah privet, HDB merosot bulan lalu

PASARAN sewa rumah kekal lembab bulan lalu dengan kededua kadar sewa rumah privet dan HDB terus menunjukkan trend yang merosot.

Kadar sewa rumah privet merosot 0.8 peratus bulan lalu berbanding bulan sebelumnya, menurut anggaran awal SRX property.


Popular

Juara dunia disambut meriah

DEWAN ketibaan di Terminal 1 Lapangan Terbang Changi penuh dengan ahli keluarga, peminat serta penyokong yang menunggu kepulangan pasukan silat Singapura dengan penuh keghairahan malam kelmarin.


Datuk ditembak mati di Pulau Pinang ketua samseng: Polis

GEORGE TOWN: Seorang ahli perniagaan yang ditembak mati oleh pengawal peribadinya di Pulau Pinang adalah ketua kumpulan samseng yang dikenali sebagai Geng 24, kata polis Malaysia.


Remaja Singapura dituduh mengaku sebagai cucu Sultan Johor

ISKANDAR PUTERI: Seorang remaja Singapura didakwa di Mahkamah Majistret juvenil di Johor Bahru kerana menyamar sebagai cucu Sultan Johor.

Remaja berusia 15 tahun itu mendakwa menjadi anggota keluarga diraja Johor di akaun Instagramnya.


Majlis Raja-Raja tarik balik undangan kepada Mahathir ke pertabalan Agong

KUALA LUMPUR: Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dicela Raja-Raja Melayu berkaitan majlis pertabalan Yang di-Pertuan Agong baru yang akan datang, di tengah-tengah persengketaan semakin pahit antara beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, lapor laman web berita Malaysiaki


Nak beli perabot? Hati-hati terhadap dua syarikat: Case

PERSATUAN Pengguna Singapura (Case) memberi amaran mengenai dua peruncit perabot yang gagal menghantar produk kepada pelanggan selepas mengambil wang mereka.

Bagaimanapun, salah satu daripada syarikat itu mendakwa ini berlaku kerana rekod pelanggannya hanyus akibat satu kebakaran.


Langgani BeritaHarian.sg Sekarang

If you want to unsubscribe from our mailing list, unsubscribe here.
Previous
Next Post »
Thanks for your comment